Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, namun McLaren masih belum menghantar model tersebut pada pelanggan.
Dalam laporan pendapatan suku ketiganya, McLaren mendedahkan bahawa Artura memerlukan peningkatan teknikal tertentu yang mengakibatkan kelewatan dalam pengeluaran.
Sudah tentu naik taraf itu memerlukan pembiayaan, hal tersebut memaksa McLaren untuk menjual beberapa kereta bersejarahnya bagi mengumpul wang pembiayaan.
Mumtalakat Holding, penyumbang dari Bahrain yang memiliki hampir 60 peratus kepentingan dalam McLaren merupakan pembeli kereta bersejarah tersebut pada harga GBP100 juta (RM544 juta). Namun perincian tentang kereta apa yang dijual tidak didedahkan.
Tahun ini, McLaren telah memperoleh dana daripada beberapa pemegang sahamnya. Firma pelaburan Ares Management Corporation dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi menyumbang kepada pembiayaan itu yang berjumlah GBP125 juta (RM672 juta).
Sumber: motor1.com