Nak majukan bengkel anda? Sertai Workshop Transformation Program oleh MAI secara percuma

oleh DIANA ISMADI|

Berita baik untuk semua pengusaha bengkel di Ipoh Perak!

 

Anda merupakan pengusaha bengkel yang mahu tingkatkan lagi tahap keupayaan bengkel anda?

 

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai program Workshop Transformation Program (WTP), iaitu program transformasi keusahawanan anjuran Institut Automotif Negara (MAI.).

 

WTP kali ini akan bertempat di Ipoh, Perak pada 25 Julai 2017.

 

Dengan menyertai program ini, ia dapat membantu anda meningkatkan keupayaan dan memajukan perniagaan bengkel kenderaan yang dijalankan.

 

WTP adalah program bimbingan perniagaan selama sembilan bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’ Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

 

Apa yang dapat anda perolehi daripada Program WTP?

 

  • Peningkatan jualan syarikat
  • Meningkatkan keuntungan perniagaan
  • Peserta akan diberi keutamaan untuk segala program MAI yang berkaitan dengan bengkel kenderaan
  • Mendapat pengiktirafan daripada MAI
  • Peserta akan disalurkan atau dipertemukan dengan agensi-agensi kewangan untuk pembiayaan perniagaan yang diperlukan oleh peserta.

 

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri di alamat berikut;

Tempat: Dewan Kenanga,Blok B, Bangunan Persekutuan Greentown, Ipoh.

Tarikh: 25 July 2017

Masa : 8am-5pm

 

 

Penerangan lebih lanjut boleh hubungi:

 

03-83187742

bwtp@mai.org.my

Nabila Sallehin

Iqbal Zahari

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah Malaysia Car Of The Year 2017 oleh Malaysia Automotive Institute, sebuah agensi di bawah…
Berita Domestik
Malaysia Automotive Institute atau MAI, sebuah agensi di bawah MITI yang bertanggung-jawab atas…
Berita Domestik
Institut Automotif Malaysia (MAI) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan…