Pasukan JKR Jajahan Jeli juga sedang membantu menyediakan anggaran kos bagi pembinaan jalan sementara di sebelah jalan yang runtuh tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan," katanya menerusi satu kenyataan media, pada Sabtu.
Nanta berkata berkata beliau difahamkan peruntukan pembaikan dan pembinaan jalan sementara itu akan dipohon oleh pegawai daerah kepada Pejabat Pembangunan Negeri.
"Saya memohon kerjasama semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak, dalam keadaan cuaca yang buruk pada ketika ini.
Pihak kementerian dan JKR akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan bagi membantu menguruskan bencana ini," katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim sejumlah 200 mangsa daripada 40 keluarga terputus hubungan akibat kejadian itu.
"Tadi pihak anggota BBP bersama pegawai daerah dan JKR telah melawat lokasi kejadian. Bekalan makanan telah dihantar kepada ketua isi rumah yang terkandas.
Ketika ini hanya ada satu laluan alternatif namun hanya boleh dilalui secara berjalan kaki," katanya.