Nanta - Sistem aduan awam berkaitan jalan raya akan ditambah baik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan satu kempen yang memperluaskan advokasi dan kefahaman berkaitan keselamatan penyelenggaraan jalan raya.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain kerja-kerja penyelenggaraan, kempen itu merupakan usaha untuk mengatasi masalah jalan berlubang atau rosak dan isu terkait perabot jalan yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berharap agar kempen itu dapat meningkatkan keterlibatan semua pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan, swasta dan rakyat sendiri dalam usaha menjaga jalan raya serta infrastruktur yang berkaitan.

“Isu jalan berlubang dan masalah berkaitan infrastruktur dan perabot jalan seperti lampu jalan, papan tanda dan sebagainya, bukanlah perkara baharu di Malaysia.

“Banyak kes seperti ini berlaku sama ada di Jalan Persekutuan di bawah bidang kuasa KKR mahupun di jalan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Isu ini mungkin nampak seperti kecil kepada sesetengah pihak, tetapi saya tidak memandang ringan kerana kesannya boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Isu melibatkan nyawa tidak boleh dipandang sebelah mata,” katanya dalam satu hantaran pada Selasa.

Alexander berkata, beliau juga mahu kempen yang bakal dilancarkan itu berorientasikan tindakan, berlandaskan konsep tindakan lebih berkesan dari kata-kata.

Ujar beliau, walaupun terdapat kempen seperti itu sebelum ini, polisi yang baik wajar diteruskan dengan memberi suntikan penambahbaikan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Kementerian itu memaklumkan pengurangan sementara had laju selama seminggu berkenaan antara langkah…
Informasi
Beliau berkata antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya…
Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…