Hanya datang dalam bentuk dwi-kab, Navara Trek-1° datang dengan bar sisi warna hitam, roda aloi hitam saiz 18-inci dengan 6-jejari serta penutup belakang.
Di Eropah, penutup ruang kargo belakang untuk trak pikap tidak begitu popular dan ia diperkenalkan pada Navara Trek-1° ini mungkin untuk emnarik minat pengguna lifestyle seperti di Malaysia.
Ia juga lengkap dengan kamera 360-darjah, pengesan undur dan lampu LED serta sistem navigasi.
Harganya di UK ialah £37,285 atau RM207,000, sahaja.
Di Malaysia pula, Careta mendengar khabar bahawa jualan trak Navara sudah meningkat sejak kebelakangan ini dan menjadi trak kedua paling popular selepas Toyota Hilux.
Ini mungkin benar kerana jumlah diskaun dan promosi yang ditawarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) untuk Navara memang hebat.
Mungkin ETCM perlu menghabiskan stok-stok tahun 2016 dan 2017 kerana laman stok mereka sudah terlalu padat.
Apapun, jika anda berminat untuk membeli pikap baharu, cuba lawati dewan pameran Nissan dan mana tahu, memang ada tawaran yang anda tak dapat tolak!