Menerusi promosi kali ini, para pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hatchback Suzuki Swift Sport dan menikmati kadar faedah serendah 1.18 peratus sahaja.
Setiap pembelian sepanjang tempoh promosi ini melayakkan mereka untuk mendapat pakej tinta kaca dan body coating menyeluruh bernilai RM4,000 secara percuma.
Diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU), Suzuki Swift Sport dikuasakan oleh enjin 1.4L Boosterjet menghasilkan 140 hp dan 230 Nm, padanan transmisi automatik enam kelajuan dan berat badan sekitar 970 kg sahaja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Sdn Bhd Dato Nik Hamdam Nik Hassan berkata, "kami amat gembira untuk menawarkan promosi terbaharu kadar faedah rendah untuk Suzuki Swift Sport.
"Pengenalan semula model Swift Sport ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan peminatnya, jadi kami membawakan promosi yang menarik ini untuk memberikan manfaat kepada lebih ramai bakal pemilik Swift Sport.
Sebagai makluman, harga jualan Suzuki Swift Sport di pasaran Malaysia bermula dari RM139,900.