Naza lantik Ramasamy Devaraju sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan automotif

oleh SALINA JALIL|
Naza Corporation Holdings Sdn Bhd hari ni mengumumkan perlantikan Ramasamy Devaraju sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Dato’ Samson Anand George, “Pengalaman Devaraju yang meluas di dalam operasi automotif dilihat bakal memberikan manfaat kepada perniagaan Kumpulan Naza. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau merupakan kunci penambahbaikan kepada Kumpulan Automotif Naza.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sebagai seorang jurutera automotif yang berpengalaman lebih 30 tahun, Devaraju sebelum ini bekerja di India dan Timur Tengah di mana beliau mengendalikan operasi runcit di syarikat seperti Hindustan Motors, Tata Motors dan juga Mercedes-Benz India. Sebelum memulakan tugas di Naza, beliau telah berkhidmat selama hampir 14 tahun sebagai Pengarah Operasi Cycle & Carriage Bintang Berhad.

 

Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Devaraju bakal memberikan fokus kepada usaha penambahbaikan di dalam mutu perkhidmatan selepas jualan. 

 

Selamat maju jaya dari kami di Careta.

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia…
Hezeri Samsuri
Bab Kumpulan Naza adalah satu-satunya syarikat pemegang AP yang berjaya membuka kilang kenderaan,…
Berita Domestik
Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan…