Naza Premira lancar tiga skuter Vespa edisi eksklusif, harga bermula dari RM17,400

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd telah melancarkan tiga buah skuter Vespa edisi terhad ke pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Skuter Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon dan Vespa Sei Giorni direka dengan elemen unik tersendiri bagi mereka yang menginginkan kelainan bergaya tanpa mengorbankan keselesaan dan keselamatan. 
 

Vespa 946 (RED)

Seperti nama yang tertera, Vespa 946 (RED) didatangkan khas dengan penawaran warna tunggal merah meliputi keseluruhan badan skuter ultra-moden ini. 

Dikuasakan enjin silinder tunggal 150 cc empat lejang dengan teknologi tiga injap, ia mampu memberikan kadar penggunaan bahan api yang minimum, emisi yang rendah dan operasi yang lebih senyap. 

Selain daripada itu, skuter ini hadir dengan sistem brek cakera berkembar lengkap dengan penawaran brek anti kunci dua hala serta kawalan cengkaman Anti-Slip Regulation (ASR) bagi mengurangkan kehilangan daya cengkaman pada tayar memastikan skuter sentiasa berada di dalam kawalan. 


Harga jualan Vespa 946 (RED) - RM66,000
Warna - merah

 

Vespa Sprint Carbon


Vespa Sprint Carbon menawarkan skuter sporty yang direka untuk memenuhi citarasa anak muda yang mahukan sebuah skuter yang pantas dan mudah untuk dikawal terutama ketika dalam bandar. 

Dengan rekaan badan yang kecil dan ringan diperbuat daripada keluli sepenuhnya, karakter sporty pada skuter ini diteruskan dengan penawaran lampu utama berbentuk segi empat serta rim aloi aluminium bersaiz 12 inci. 

Vespa Sprint Carbon menerima nadi enjin i-Get 150 cc sejukan udara yang mampu memberikan prestasi memberangsangkan, senyap dan berkesan di samping mampu memenuhi piawaian emisi Euro4 Multi-Directive. 

Ciri ABS merupakan ciri standard yang didatangkan pada skuter ini serta didatangkan dengan slot USB yang terletak pada ruang pelindung kaki untuk kemudahan penunggang mengecas peranti mereka ketika sedang bergerak. 
 


Harga jualan Vespa Sprint Carbon - RM17,400
Warna - hitam

 

Vespa Sei Giorni


Edisi khas Sei Giorni ini mengekalkan ciri klasik Vespa yang dibina bagi pertandingan Sei Giorni Internazionale di Varese pada tahun 1951, serta dihasilkan dalam unit terhad dan plet "Special Edition" yang menampikan nombor siri skuter ini. 

Posisi lampu utama yang rendah "faro basso" yang dipasang pada fender hadapan, handlebar rekaan asal Sei Giorni serta penampilan tempat duduk "single seat saddle" yang melindungi ruang storan 42 liter itu menyerlahkan lagi imej klasik skuter ini. 

Sei Giorni menggunakan enjin paling berkuasa dalam sejarah skuter Vespa, iaitu enjin 300 cc silinder tunggal sejukan cecair yang mampu menjana 15.6 kW yang mampu memenuhi piawaian Euro4.

Seperti Vespa Sprint Carbon, Sei Giorni hadir dengan ciri keselamatan ABS, slot pengecasan USB dan tambahan ciri lampu membelok hadapan jenis LED yang bertindak sebagai lampu nyalaan siang. 
 


Harga jualan Vespa Sei Giorni - RM38,000
Warna - hijau

Ketiga-tiga Vespa ini boleh didapati di pengedar Vespa yang terpilih serta outlet Vespa yang terdapat di seluruh negara. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…