Selain daripada menawarkan barangan elektronik, fesyen dan juga barangan harian, Shopee juga turut menawarkan penjualan kereta dan motosikal!
Shopee selaku peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara telah melancarkan Shopee AutoMall yang menawarkan pelbagai jenis kereta dan motosikal - daripada hibrid sehinggalah kepada superbike.
Terdapat lebih daripada 300 buah model yang boleh dipilih seperti Honda HR-V, Mazda CX-5, BMW X5 dan Toyota Yaris dan juga promosi eksklusif menanti anda di Shopee AutoMall.
Dengan hanya bayaran tempahan serendah RM1, dan faedah serendah 1.81% per annum, anda sudah boleh mendapatkan kereta idaman dengan mengikuti langkah berikut:
1. Buat tempahan di Shopee dan letakkan ke dalam Shopping Cart
2. Lengkapkan transaksi
3. Pastikan anda hidupkan push notification daripada Shopee
4. Isi borang tempahan dalam talian dan butiran temu janji
5. Wakil penjual akan menghubungi pembeli dalam masa tiga hari bekerja untuk pengesahan temu janji
6. Lengkapkan pembelian dan dokumen berkaitan di pusat pengedar
Manakala untuk pembelian motosikal pula, anda boleh menikmati diskaun sehingga 29% daripada jenama seperti Honda, Benelli, Yamaha, Modenas, Kawasaki, Vespa dan banyak lagi menerusi cara berikut:
1. Pilih dan beli motosikal idaman di Shopee AutoMall
2. Pilih pelan ansuran 0% (opsyen sahaja)
3. Wakil penjual akan menghubungi pembeli untuk pendaftaran JPJ dalam masa tiga hari bekerja
4. Wakil penjual akan menghantar motosikal kepada pembeli.
Dalam masa dua minggu pelancaran Shopee AutoMall, platform tersebut menerima sambutan yang menggalakkan, dengan angka mencecah 100 tempahan.
Menurut Tom Liew, Pengurus Jualan Maxcom Motor Sdn Bhd berkata, "dengan adanya ciri Shopee AutoMall, ia akan memudahkan urusan pembeli yang tidak berkesempatan untuk singgah ke pusat pameran.
"Pembeli juga boleh membanding bezakan tawaran yang dibuat oleh pengedar rasmi sebelum membuat keputusan," tambah beliau lagi.
Untuk melihat senarai penuh kenderaan yang dijual, pengguna boleh mencari frasa 'AutoMall' di aplikasi Shopee atau layari https://shopee.com.my/m/automall