Antara perubahan yang boleh dikesan pada Nissan Almera Black Series ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam, pelindung cermin sisi hitam, spoiler trunk lid hitam, dan rim aloi bersaiz 15 inci.
Apa yang menarik perhatian, ia juga menampilkan aerokit berwarna titanium gelap ini direka oleh TOMEI Powered Inc. Co. Ltd. dan pihak Nissan berkata penawaran kit badan ini juga terbuka kepada para pemilik Nissan Almera terdahulu.
Kemasan Titanium gelap juga turut mempengaruhi ruang dalaman manakala tempat duduk pula dibalut dengan kulit.
Sistem hiburan pula didatangkan dengan unit audio Clarion bersaiz 6.75 inci, selain daripada mengintegrasikan paparan daripada kamera undur, ia juga mampu menawarkan sambungan kepada peranti pintar menerusi Apple CarPlay dan Android Auto.
Tiada sebarang perubahan pada aspek kuasa, bermakna Nissan Almera masih mengekalkan enjin empat silinder 1.5 liter HR15DE (100 PS/134 Nm), memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.7 liter/100 km (14.9km/liter).
Ciri Kunci Pintar (i-key) dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan kawalan suhu automatik pula hanya ditawarkan untuk varian VL sahaja.
Nissan Almera Black Series hadir dengan lima warna iaitu Diamond Black, Brilliant White, Tungsten Silver, Bronze Gold dan Titanium Olive, dan harga jualan bermula dari RM69,800.00, manakala varian VL pula dijual pada harga RM79,800.00, kedua-dua harga di atas jalan tanpa insurans.
Setiap pembelian Nissan Almera hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu).
Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka dengan Aerokit TOMEI serba baharu dengan menghubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke [email protected].
Nissan Almera Black Series baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera - Black Series baharu.
Tarikh |
Wilayah |
Lokasi |
9 – 10 November |
Utara |
ETCM Alor Setar |
Pantai Timur |
ETCM Kuala Terengganu |
|
10 – 11 November |
Tengah |
ETCM Petaling Jaya |
Tengah |
ETCM Jalan Raja Laut* |
|
Utara |
ETCM Butterworth |
|
Utara |
ETCM Ipoh |
|
Selatan |
ETCM Taman Tun Aminah |
|
Selatan |
ETCM Seremban* |
|
Sabah |
ETCM Sandakan |
|
Sarawak |
ETCM Miri |
|
17 – 18 November |
Tengah |
ETCM Glenmarie |
Tengah |
ETCM Cheras |
|
Utara |
ETCM Penang |
|
Utara |
ETCM Sitiawan |
|
Pantai Timur |
ETCM Kuantan |
|
Selatan |
ETCM Johor Jaya |
|
Selatan |
ETCM Semabok |
|
Sabah |
ETCM Kota Kinabalu |
|
Sarawak |
ETCM Kuching |
Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:
Date |
Venue |
6 – 11 November |
AEON Tebrau City, Johor |
6 – 11 November |
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur |
8 – 11 November |
East Coast Mall, Kuantan |
9 – 11 November |
Plaza Merdeka, Kuching |
13 – 18 November |
AEON Taiping, Perak |
16 – 18 November |
Kluang Mall, Johor |
16 – 18 November |
Centre Point, Kota Kinabalu |
22 – 25 November |
Melawati Mall, Selangor |
23 November – 2 December |
Nissan @ KL International Motorshow 2018, MITEC Kuala Lumpur |