Nissan Clipper EV diperkenal di Jepun, dibekalkan Mitsubishi, daripada RM92 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Clipper EV
Nissan Clipper EV
Kerjasama Nissan dan Mitsubishi terus berlangsung melalui penawaran van perdagangan ringan elektrik Nissan Clipper EV di Jepun.

Clipper EV dibekalkan Mitsubishi dan meneruskan perkongsian model di antara kedua-dua syarikat seperti Mitsubishi eK dan Nissan Dayz.

Ada lagi yang dikongsi seperti eK X Space dan Roox atau di dalam segmen EV, eK X EV dan Sakura.

Model asal iaitu Mitsubishi Minicab EV mula dijual di Jepun pada 21 Disember 2023 dan sejarahnya bermula sejak 2011 dan pernah dihentikan seketika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Minicab EV 2024
Mitsubishi Minicab EV 2024

 

Minicab EV juga berjalan jauh dengan pengeluaran dan penjualan berlangsung di Indonesia dan dikenali sebagai L100 EV.

Penawaran Clipper EV dibuat sebagai jawapan kepada permintaan terhadap EV perdagangan yang semakin meningkat selain mewujudkan masyarakat neutral karbon.

Sebagai sebuah EV, Clipper mempunyai kelebihan dari segi pemanduan yang senyap dengan penghantaran di kawasan perumahan boleh dilakukan tidak kira awal pagi atau lewat malam.

Bateri dengan kapasiti 20 kilowatt-jam (kWj) dipasang di bawah lantai tengah dan memiliki beberapa faedah seperti pusat graviti yang rendah.

Mitsubishi Minicab EV 2024
Mitsubishi Minicab EV 2024

 

Hasilnya, van kurang melompat dan bergoyang apabila melalui bonggol dan turut menyumbang kepada pemanduan selesa dan stabil.

Dari segi keupayaan, Clipper EV boleh dipandu sehingga 180 kilometer (mod WLTC). Pengecasan biasa di rumah atau pejabat mengambil masa sekitar 7.5 jam.

Mahu lebih cepat? Pengecasan pantas untuk menambah tenaga elektrik sehingga 80 peratus hanya perlu 42 minit.

Van barang ini juga canggih dengan teknologi bantuan pemanduan seperti Pembrekan Kecemasan Pintar dan Amaran Penukaran Lorong.

 

Nissan Clipper EV 2024

 

Turut dilengkapi Bantuan Lampu Tinggi dan Bantuan Pencegahan Tersalah Pecut (ke depan sahaja).

Satu lagi ciri canggih ialah fungsi penghidupan awal penyaman udara melalui sistem kemasukan tanpa kunci dari luar kereta atau semasa pengecasan.

Dari segi kebolehgunaan, Clipper EV mampu membawa muatan kargo sehingga 350 kilogram selain lantai jenis rata untuk memanfaatkan ruang sebaiknya.

Pemandu dihidangkan meter kelajuan digital dan terdapat slot pengecasan USB Type A dan Type C.

 

Nissan Clipper EV 2024

 

Varian dan harga Nissan Clipper EV:

  • Van tingkap: 2,865,500 yen (RM92,587)
  • Dua tempat duduk: 2,912,800 yen (RM94,111)
  • Empat tempat duduk: 2,920,500 yen (RM94,360).

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan