Nissan Honda hasilkan EV?

oleh Firdaus Razani|
Nissan Motor sedang memikirkan kemungkinan untuk hasilkan satu kerjasama dalam pembangunan dan proses pembelian komponen dalam penghasilan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV, seperti e-axle yang boleh digunakan oleh kedua-dua syarikat kenderaan.

Sumber dari Nissan berkata ia bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan tetapi dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam menangani isu serangan harga rendah dari EV China.

Laporan itu juga berkata selain dari komponen EV, kerjasama itu juga mampu menjerumus ke arah pembelian bersama untuk bateri EV.

Syarikat automotif Eropah juga giat membuat kerjasama yang serupa demi untuk menurunkan kos penghasilan EV. Malah, rata-rata boleh dilihat industri automotif global sedang berusaha untuk menyekat kemaraan China di dalam genre EV.

Berita penuh di Nikkei Asia.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…