Nissan sasar kereta elektrik dengan jarak 550 km dalam tahun 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerisauan kerana jarak atau “range anxiety” ialah antara masalah utama kenderaan elektrik atau EV.

Ia bermaksud seseorang itu akan mengalami kerisauan melampau bila memandu sebuah EV, kerana tidak seperti kenderaan dengan enjin konvensional, sebuah EV memerlukan masa berjam-jam untuk dicaj dan “power bank” di dalam beg anda memang tidak memadai.

Kerana itu, kerisauan melampau itu menjadi onar utama yang menghalang ramai dari membeli sebuah EV.

Twizzy on the road.
Memandu kereta EV seperti Renault Twizzy ini memang seronok tetapi kerisauan kita tidak akan sampai ke desitnasi kerana kehabisan caj elektrik mampu membuatkan anda berpeluh kerisauan.

Menurut Hiroto Saikawa, CEO untuk Nissan, syarikat beliau memandang serius akan masalah “range anxiety” ini dan beliau merasakan jarak paling bagus untuk sebuah EV itu ialah minimum 550 km.

Kazuo Yajima, Pengarah EV dan HEV untuk Renault-Nissan Alliance Global menyokong rakan sekerjanya dan berkata masa hadapan akan menggunakan kenderaan EV asli dan bukannya hibrid plug-in.

Yajima seterusnya berkata Nissan sudah mempunyai prototype yang boleh berjalan sejauh 550 km tetapi masih mampu membawa kargo dan penumpang seperti apa yang Nissan Leaf EV yang ada sekarang.

“Jarak itu dicapai dengan menggunakan sel bateri baharu yang disusun dengan lebih kompak,” terangnya.

Careta berharapkan juga agar kenderaan EV dari Nissan akan hadir dengan bentuk yang lebih ranggi dari bentuk sabun Popinjay yang digunakan oleh Nissan Leaf. 

Mungkin Leaf generasi baharu akan kelihatan se-ranggi apa yang spyshots tunjukan.

Nissan Leaf sekarang
Nissan Leaf sekarang mempunyai bentuk se-agresif seekor arnab putih.
 

 

Spyshots leaf generasi kedia
Spyshot dari laman web Autoblog akan Nissan Leaf generasi terbaharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…