Nissan X-Trail N-Trek, e-POWER, untuk keluarga yang suka cabaran

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan X-Trail N-Trek 2024
Nissan X-Trail N-Trek 2024
Di dalam kemeriahan kenderaan elektrifikasi hari ini timbul persoalan mampukah kereta seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) dibuat lasak?

Beli SUV mestilah untuk lasak. Kalau tidak masuk hutan pun, sekurang-kurangnya mampu mengharungi banjir kilat sekadarnya.

Untuk pasaran Eropah, Nissan memperkenalkan edisi khas X-Trail N-Trek. Di sana, X-Trail digerakkan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dengan e-POWER.

Maknanya enjin petrol menjana tenaga elektrik dan mengecas bateri tetapi tidak menggerakkan roda. Tugas itu dilaksanakan motor elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan X-Trail N-Trek 2024

 

Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan luar (outdoor).

Dari gambar boleh dilihat bagaimana X-Trail ini mengharungi laluan berselut dan berair. 

Perkakasan khas pada N-Trek seperti pelindung bawah bampar depan dalam warna gunmetal dan lampu kabus bersepadu.

Rim aloi 18 inci baharu dalam warna hitam kilat dan warna itu diulang pada cermin sisi. Rel bumbung berwarna gelap.

 

Nissan X-Trail N-Trek 2024

 

Pada bahagian dalam, balutan kalis air dan pembersihan dengan sapuan memudahkan lagi pemilik N-Trek selepas beraktiviti. 

Kedua-dua model lima atau tujuh tempat duduk dibekalkan alas kaki getah dan pelapik but boleh diterbalikkan.

Untuk lebih banyak kegunaan, aksesori sedia ada X-Trail seperti bar bumbung, rak basikal dan cangkuk tunda boleh dipasang pada varian ini.

Buat pelanggan yang mahukan lebih cengkaman Nissan menawarkan pacuan semua roda e-4ORCE.

 

Nissan X-Trail N-Trek 2024

 

Bagi model pacuan dua roda, bateri menguasakan motor tunggal yang bersambung dengan roda depan. Model e-4ORCE pula mempunyai motor pada gandar depan dan belakang.

Sistem e-4ORCE melaras penggunaan kuasa pada kadar 10,000 kali dalam sesaat bergantung kepada cengkaman yang ada dan memaksimumkan cengkaman di atas permukaan licin.

Satu lagi ciri keistimewaan e-4ORCE ialah sebagai kenderaan hibrid, X-Trail tidak perlu dicas dalam hutan!

Untuk makluman, prestasi X-Trail berbeza mengikut jenis pacuan dan jumlah tempat duduk.

 

Nissan X-Trail N-Trek 2024

 

Nissan X-Trail UK 1.5 liter turbo e-POWER:

X-Trail 5 tempat duduk 2WD

  • Kuasa: 204 ps, 330Nm
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 8 saat
  • Kelajuan tertinggi: 169 km/j

X-Trail 5 tempat duduk e-4ORCE

  • Kuasa: 213 ps, 330Nm (depan), 195Nm (belakang)
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 7 saat
  • Kelajuan tertinggi: 179 km/j

X-Trail 7 tempat duduk e-4ORCE

  • Kuasa: 213 ps, 330Nm (depan), 195Nm (belakang)
  • Pecutan 0 - 100 km/j: 7.2 saat
  • Kelajuan tertinggi: 179 km/j

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Nissan X-Trail N-Trek 2024