Menurut Ketua Bahagian Rekaan Nissan, Alfonso Albaisa menyebut: “pelancaran (Nissan Altima) ini menunjukkan petanda (pasaran) sedan sedang kembali kepada sedia kala,” ujar beliau ketika majlis pelancaran di New York.
Pasaran di Amerika menyaksikan penurunan 11 peratus jualan segmen kereta kerana pengguna kebanyakan telah berhijrah kepada trak ringan dan SUV. Manakala pasaran Altima mencatatkan penurunan 17 peratus kepada 254,996 unit.
Namun begitu, Michael Bunce, Naib Presiden Perancangan Produk Nissan Amerika Utara optimis dengan pengenalan model Altima terbaharu ini. Menurutnya lagi, tahun 2017 menyaksikan persaingan rapat antara Nissan Altima dengan pengeluar rakan senegara iaitu Toyota Camry dan Honda Accord.
Bunce menyebut lagi, walaupun pada ketika ini pasaran sedan sedang menurun, terdapat satu trend peningkatan tahap minat terhadap sedan dikalangan anak muda disebabkan kebanjiran model crossover dan SUV.
“Ada sinar harapan untuk pasaran sedan di sini (Amerika), jadi kami tidak akan berputus asa dengan mudah,” tambah beliau.
Berita Global: Automotive News (autonews.com)
Penulis muda: Muhamad Hanif