Nissan Z NISMO 2024 - 420 hp, 521 Nm, tiada penawaran transmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada Nissan Z NISMO 2024, varian Nissan Z yang paling berkuasa buat masa ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti mana-mana model talaan NISMO, Nissan Z NISMO 2024 turut membawakan naiktaraf dari segi kuasa, diikuti dengan aspek aerodinamik yang lebih serius bagi membolehkan pemiliknya menawan mana-mana litar.

Nadi asal VR30DDTT bentangan V6 turbo berkembar tersebut masih lagi setia mendiami ruang enjin, namun telah diberikan talaan khusus serta penambahbaikan terhadap sistem penyejukan.

 

Nissan Z


Disebabkan itu, hamburan kuasa Nissan Z NISMO ini meningkat kepada 420 hp (+20 hp) sementara daya kilas juga turut meningkat kepada 521 Nm yang masuk antara julat 2,000 hingga 5,200 rpm.

Sayang sekali, kuasa yang disalurkan ke roda belakang itu tidak lagi menerusi kotak gear manual, sebaliknya Nissan memilih transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan yang telah ditala khusus oleh NISMO.

Nissan telah menambah satu mod pemanduan khas Sport+ yang telah direka untuk membantu pemanduan di dalam litar lumba.
 

Z


Bagi memastikan kereta ini melekat dengan baik, keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim Rays bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Dunlo SP Sport Maxx GT600 – getah sama yang digunakan oleh Nissan GT-R.

Untuk aspek penyejukan dan aerodinamik, Nissan telah mengubah sedikit bahagian muka hadapan dengan membawakan rekaan G-Nose, di mana struktur jeriji yang asal telah dibuang dan digantikan dengan rekaan yang baharu.

Struktur baharu itu dilihat mengambil inspirasi daripada model lama Fairlady 240ZG, di mana ia kini lebih panjang satu inci berbanding model standard.
 

Nissan Z


Selain daripada itu, terdapat juga spoiler lip dan canard di bahagian hujung yang mampu menambah daya mendap, sementara di bahagian belakang terdapat spoiler besar three-piece yang lebih tinggi dan lebar.

Untuk aspek pemanduan, Nissan telah menambah sway bar unik, peredam yang telah ditala semula serta spring yang lebih keras.

Struktur casis turut diperkukuh dengan penambahan pendakap bawah lantai, diikuti getah bushing pada suspensi dan stereng bertujuan untuk menjadikan pengendalian yang lebih tajam di dalam litar lumba.

Aspek pemberhentian jentera ini terdiri daripada rotor bersaiz 15 inci di depan, dan 13.8 inci di belakang.
 

nissan z


Untuk ruang kabin, Nissan telah memasang tempat duduk Recaro, diikuti dengan animasi spesifik NISMO pada skrin digital, serta tidak ketinggalan trim berwarna merah untuk menjadikan ruang tersebut lebih sporti.

Nissan Z NISMO 2024 boleh didapati dalam lima warna iaitu Passion Red TriCoat, Brilliant Silver, Black Diamond Pearl, Everest White Pearl TriCoat dan warna eksklusif NISMO Stealth Gray.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, itu semua tidak menghalang Nissan daripada terus menguji dan menilai sebuah lagi varian yang…
Berita Global
Video berdurasi tiga saat itu memaparkan sebuah Nissan Z misteri memotong Honda S2000 dengan…
Berita Global
Dalam laporan terdahulu oleh BestCarWeb, Nissan juga dikatakan turut merancang untuk membawakan…