Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika ditahan, doktor wanita yang bertugas di sebuah klinik di Kuah itu gagal ujian saringan dan didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras dibenarkan.
Turut ditahan sejam selepas itu, seorang jurutera yang didapati memandu dalam keadaan mencurigakan. Jurutera berumur 39 tahun itu dikatakan baru pulang daripada sebuah pusat hiburan di Pantai Cenang.
Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Langkawi. Hasil saringan kedua turut mendapati paras alkohol dalam badan mereka melebihi tahap ditetapkan.
Kedua-dua pemandu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menerusi operasi tersebut, sebanyak 35 pemeriksaan dilakukan dan 24 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Sumber: Polis Langkawi dan Astro AWANI