Kia Motors Europe telah melancarkan varian terbaharu Optima, iaitu version station wagon yang dipanggiol Sportswagon.
Sportwagon turut menampilkan sedikit pembaharuan kepada Optima ini, contohnya bamper hadapan yang diubah sedikit, lampu belakang LED baharu serta lampu hadapan dan lampu kabus yang diolah semula.
Gril Schreyer itu juga sekarang mempunyai kemasan krom terang agar tampak premium.
Bahagian kabin pula menyaksikan perubahan stereng baharu serta kemasan krom pada konsol tengah.
Pemandu juga boleh memilih warna lampu kabin (ambient lighting) dari enam warna pilihan.
Barisan enjin baharu untuk Optima bagi rantau Eropah terdiri dari enjin 1.6L CRDi (136 PS dan 320 Nm) diesel dan enjin 1.6L T-GDI petrol turbo (180 PS).