Menurut Nasrul yang memiliki bengkel motosikal Mix Motorsports di Saujana Utama, Sungai Buloh ini, beliau mengesan ramai kes penipuan apabila pelanggannya memberikan beliau komponen alatganti yang mereka beli sendiri secara online.
"Kotak barangan itu mungkin dari Jepun, tetapi komponennya tidak. Ada juga yang menggunakan sarung luaran atau "casing" yang asli, tetapi komponen dalam ditukar kepada yang bukan asli dari Jepun," terang Nasrul.
"Yang sedih, harga yang dibayar ialah harga untuk barangan asli dari Jepun," tambahnya lagi yang sudah berjinak-jinak dengan RX-Z sejak awal tahun 90-an lagi.
Proses restorasi memang kerap dilakukan oleh mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Dalam proses restorasi RX-Z, Nasrul berkata rata-rata yang melakukannya mempuyai kenderaan-kenderaan lain.
"Ia umpama hobi. Dulu ramai yang membuat restorasi untuk motosikal Honda kapchai. Sekarang, mereka mencari jentera-jentera 2-stroke yang popular di zaman mereka sedang belajar dahulu."
Nasrul berharap agar jangan terlalu mempercayai dakwaan jualan "online". Paling bagus, tanyakan kepada rakan-rakan sebelum membeli. Jualan kerap dilakukan secara Whatsapp, dan bukan dari gudang online rasmi seperti Lazada atau Shopee.
"Kalau Lazada atau Shopee, kita boleh membuat laporan tetapi kalau dalam Whatsapp, memang sukar. Kadang-kadang, dapat barang pun kira bersyukur," kata Nasrul.
Antara komponen yang beliau lihat terbabit dalam proses penjualan tidak jujur ini ialah tangki bahan api, suis dan pelampung tangki bahan api.
Untuk menghubungi Nasrul, Whatsapp beliau di +60 13-667 4383 atau lawati Facebook Mix Motorsports di https://www.facebook.com/Mix-Motorsport-240087176736492/
Nasrul juga pernah melakukan proses restorasi untuk sebuah BMW R1200 GS. Baca laporan tersebut di bawah.
https://careta.my/article/nasrul-restorasi-motosikal-jana-pendapatan-sampingan