Pakar transmisi UK jalin usahasama dengan syarikat Bumiputera

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hewland Technology, pembuat sistem transmisi berkualiti tinggi yang digunakan oleh pasukan-pasukan sukan permotoran dari genre Formula 1, Formula E, rally-cross dan juga pembekal transmisi untuk syarikat-syarikat kenderaan eksotik seperti Caparo T1 dan BAC Mono (gambar utama) telah menandatangani perjanjian usahasama dengan sebuah syarikat tempatan, Ultra Impact Technologies.

hewland logo

 

Menurut siaran akhbar di laman web Hewland, usahasama tersebut akan memboleh Hewland untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sediada mereka di Malaysia dan juga untuk membuka peluang menyediakan perhidmatan kepada pelanggan baharu.

UIT logo

Ultra Impact Technologies (UIT) ialah sebuah syarikat teknologi yang mempunyai fokus terhadap sistem pacuan dan storan cekap tenaga.

Hewland juga mempunyai produk-produk baharu yang boleh digunakan untuk aplikasi konvensyenal dan untuk kenderaan elektrik (EV).

 

transmisi Hewland

 

"UIT akan menjadi wakil kami untuk menawarkan sistem-sistem modern dalam produk Hewland kepada pelanggan-pelanggan serantau," ujar CEO hewland, Steve Robins.

Robins berkata permintaan dan pertanyan mengenai produk Hewland semakin meningkat di kawasan Asia Tenggara dan UIT mampu membantu syarikat UK itu untuk menawarkan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan bagi wilayah ini.

Azrai Razuan

Azrai Razuan, CEO UIT turut berkata usahasama kedua syarikat itu menjadi pintu masuk teknologi transmisi dan komponen terkini ke Asia Tenggara.

UIT mendapat hak untuk menjadi wakil tunggal kepada Hewland bagi wilayah Asean.

 

Formula E

 

Hewland bermula dalam tahun 1957 dan mempunyai kilang di Berkshire, UK di mana mereka membina transmisi dan komponen lain untuk pelanggan mereka di seluruh dunia. Selain dari sukan permotoran, Hewland juga berjaya menembusi pasaran dalam kenderaan berprestasi tinggi, EV dan kenderan komersil ringan.

Hewland juga baharu menandatangani projek pengeluaran OEM bersama Hero Motors dari India,

UIT ialah antara peneraju utama sukan permotoran negara dan ia terlibat dalam sukan-sukan berteknologi tinggi seperti A1GP, Formula 1 dan Le Mans.

 

Caparo T1

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Baru-baru ini kami telah melaporkan berita tentang Ultra Impact Technologies (UIT), sebuah…