Pakatan Renault-Nissan jual lebih dari 5.2 juta unit kenderaan dalam 6 bulan pertama 2017

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pakatan Renault-Nissan jual lebih dari 5.2 juta unit kenderaan dalam 6 bulan pertama 2017
Pakatan Renault-Nissan jual lebih dari 5.2 juta unit kenderaan dalam 6 bulan pertama 2017
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakatan Renault-Nissan ialah perkongsian strategik di antara syarikat automatif dari Perancis iaitu Groupe Renault dan syarikat automatif dari Jepun iaitu Nissan Motor dan Mitsubishi Motors. Pada 2016, ketiga-tiga syarikat itu telah menjual 9.96 juta kenderaan di hampir 200 buah negara di dunia. 

Ini pula rekod jualan setengah tahun pertama 2017.

Jualan kumulatif pakatan itu meningkat tujuh peratus kepada 5,268,079 kenderaan susulan pertambahan permintaan dan jualan dari rakan terbaru iaitu Mitsubishi Motors.

Model-model Renault yang menyaksikan peningkatan jualan ialah Clio, Sandero, Megane, Captur dan Duster. Nissan pula laris dengan beberapa model seperti X-Trail/Rogue, Sentra/Sylphy, Qashqai dan Altima/Teana.

Jualan Mitsubishi Motors pula menghampiri 495,000 unit susulan permintaan kukuh untuk model Outlander di peringkat dunia dan Pajero Sport di pasaran ASEAN.

Jualan kenderaan elektrik pakatan pula meningkat kepada 481,151 unit yang membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kereta elektrik utama dunia. 

Dua model paling laris ialah Nissan LEAF dan Renault ZOE yang kekal sebagai kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Eropah. Mitsubishi turut menyumbang kepada jualan EV melalui model i-Miev. Untuk segmen hibrid pula, Mitsubishi Outlander plug-in hybrid telah terjual lebih dari 13,000 unit.

 

Pakatan Renault-Nissan jual lebih dari 5.2 juta unit kenderaan dalam 6 bulan pertama 2017

 

Berikut ialah ringkasan jualan Pakatan Renault-Nissan:

Groupe Renault 

  • 1,879,288 unit jualan
  • Renault dan Dacia catat rekod jualan setengah tahun
  • Renault adalah jenama kedua terlaris di Eropah
  • Kumpulan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 19.3 peratus di rantau Afrika, Timur Tengah dan India
  • Juga mencatat peningkatan di rantau Asia Pasifik sebanyak 50.5 peratus

Nissan Motor Co. Ltd.

  • 2,894,488 unit jualan kereta dan trak di seluruh dunia
  • Di Jepun dan Eropah syarikat turut menyaksikan pertumbuhan masing-masing sebanyak 22.9 peratus dan 5.7 peratus
  • Infiniti pula menjual lebih dari 125,000 kenderaan pada setengah tahun pertama, peningkatan sekitar 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu

Mitsubishi Motors 

  • 494,303 unit jualan di seluruh dunia
  • Peningkatan disumbangkan oleh kereta kecil (kei cars) di Jepun 
  • Syarikat juga catat pertumbuhan jualan di China susulan pengenalan Outlander yang dikeluarkan di sana
  • Jualan turut meningkat di ASEAN hasil dari permintaan untuk SUV dan pikap

Pakatan Renault-Nissan turut menjangkakan peningkatan sinergi di antara pengeluar pada tahun ini selepas Mitsubishi Motors menyertai mereka.

Pakatan Renault-Nissan jual lebih dari 5.2 juta unit kenderaan dalam 6 bulan pertama 2017

Kerjasama lebih rapat akan dilakukan dalam beberapa bidang seperti pembelian bersama, penyetempatan (localization), penggunaan kilang bersama, perkongsian pelantar kenderaan, perkongsian teknologi dan juga pengembangan di pasaran matang dan baharu (emerging).

Pasaran sepuluh teratas Kumpulan Renault

1

Perancis

2

Rusia

3

Itali

4

Jerman

5

Sepanyol

6

Turki

7

Brazil

8

Iran

9

United Kingdom

10

Argentina

Pasaran sepuluh teratas Nissan 

1

AS

2

China

3

Jepun

4

Mexico

5

United Kingdom

6

Kanada

7

Rusia

8

Perancis

9

Itali

10

Jerman

Pasaran sepuluh teratas Mitsubishi Motors 

1

AS

2

China

3

Jepun

4

Australia

5

Filipina

6

Indonesia

7

Thailand

8

Jerman

9

United Kingdom

10

U.A.E.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Malah syarikat kereta juga tidak memandang remeh usaha Apple ini kerana mereka tidak mahu kecundang…
Berita Global
Nissan menjelaskan, "tindakan undang-undang yang dimulakan hari ini merupakan sebahagian daripada…
Berita Global
Luca de Meo yang merupakan rakyat Itali akan mengambil alih kedudukan tertinggi Renault dan dibantu…