PANDU UJI: Ford Ranger Wildtrak 2.2L 2018 - 11 sebab kenapa ia lagi berbaloi dari SUV bandar anda.

oleh HEZERI SAMSURI|
Bayangkan anda seorang arkitek, atau seorang jurutera sivil, atau seorang eksekutif dengan hobi mengayuh basikal gunung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Anda perlukan sebuah kenderaan yang selesa, mewah, selamat dan dalam masa yang sama, anda perlukan sebuah kenderaan yang mampu dipandu di kawasan lasak.

Jika anda bertanya kepada rakan-rakan, pasti mereka akan berkata sebuah SUV adalah pilihan paling tepat.

 

 

Hmm ... benar, cuma yang rakan-rakan anda tidak tahu ialah 99 peratus dari SUV yang wujud di jalanraya sekarang ini ialah lebih kepada sebuah kereta dengan sistem gantungan yang ditinggikan.

Lasak pada mereka ialah denai-denai di kampung, atau kawasan parkir berpasir di pinggiran pantai. Paling kuat, turun ke dusun durian atau buah-buahan lain.

Trak pikap dilihat terlalu ganas, terlalu menyusahkan, terlalu - lori. 

Namun begitu, Ford akhirnya mengubah kesemua persepsi trak pikap hanya untuk mereka yang berpunggung tebal dan Ranger mula mendapat perhatian ramai.

Di kebanyakan permukaan jalanraya, Ford Ranger sama selesa dengan kenderaan biasa dan kadar NVH yang rendah meningkatkan lagi keselesaannya.

 

 

Di bawah ialah senarai kenapa SUV modern sekarang lebih pondan dari Ford Ranger Wildtrak 2.2L :

1. SUV sekarang berkongsi platform dengan kereta. Chassis monocoque lebih sesuai untuk jalanraya, bukan offroad kerana ia boleh meliuk dalam keadaan ekstrem. Untuk trak pikap seperti Ford Ranger Wildtrak 2.2L, kerangka ladder frame di bawah menjadi tulang yang kuat dan ia diasingkan dari badan kabin.

2. Chassis monocoque mudah berbunyi jika sering meliuk. Ini ialah kerana segala kelengkapan seperti papan pemuka, pintu, tempat duduk dan segalanya dilekatkan terus kepada chassis. Untuk Ford Ranger Wildtrak 2.2L, kelengkapan itu dilekatkan pada badan kabin trak dan bukan pada chassis.

3. SUV sekarang menggunakan sistem AWD yang lebih sesuai untuk salji dan offroad ringan seperti rumput basah dan lecak di tepi jalan. Ford Ranger Wildtrak 2.2L datang dengan sistem 4X4 tulen lengkap dengan lower transfer case dan LSD. Ini ialah apa yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan offroad extrem.

 

 

4. SUV punya jarak perjalanan yang rendah. Jika anda sedang bekerja di kawasan pendalaman, jarak perjalanan yang singkat dengan setangki bahan api memang menyusahkan. Ford Ranger Wildtrak 2.2L mampu mencapai lebih dari 600 km dengan setangki diesel, bermakna anda boleh lebih fokus kepada kerja dan bukan untuk mencari stesen minyak.

5. SUV banyak bercerita tentang pengendalian dan kelajuan, sesuatu yang lebih diperlukan oleh kereta sport dan jarang d]gunakan oleh anda sendiri. Untuk Ford Ranger Wildtrak 2.2L, ia lebih kepada kelasakan dan praktikaliti, dua perkara yang anda memang gunakan setiap hari.

 

 

6. SUV anda boleh meredah air setinggi jari kelingking anda dan bila banjir, anda tersadai di tepi jalanraya menunggu air surut. Ford Ranger Wildtrak 2.2L mampu mengharungi air sedalam 800 mm (hampir keseluruhan tinggi tayar), jauh lebih dalam dari kebolehan lagenda Land Rover Defender. Untuk anda yang tinggal di ibukota banjir Kuala Lumpur,tidak ada apa yang mampu menghalang anda dari pulang ke rumah sekarang. 

Cuba lihat video di bawah akan kecekapan Ford Ranger meredah air.

 

 

 

7. Roda dan tayar kebanyakan SUV anda lebih sesuai untuk ke litar Sepang. Kerana itu, selepas beberapa bulan melanggar bonggol dan lubang di bandar, anda perlu habiskan RM untuk melakukan penjajaran dan imbangan. Penulis lakukan penjajaran untuk Ford Ranger miliknya lima bulan lalu dan ia masih seimbang dan lurus.

8. Tidak banyak SUV mampu memuatkan empat basikal dan empat penumpang tanpa sebarang modifikasi. Untuk Ford Ranger Wildtrak 2.2, cuma sangkutkan empat basikal di atas pintu kargo belakang dan empat orang dewasa boleh duduk di dalam kabin dengan selesa untuk perjalanan ke trek bukit basikal gunung.

9. Anda tidak perlu lagi menumpang rakan-rakan dengan trak pikap untuk misi bantuan banjir atau bencana alam kerana tidak seperti SUV anda, Ford Ranger Wildtrak 2.2L mampu meredah 99 peratus situasi kesukaran yang anda akan lalui sewaktu misi itu dan paling penting, anda berada dalam keadaan yang sangat selesa.

 

 

10. SUV anda berharga melebihi RM130,000 tetapi ia tidak mampu menandingi ciri-ciri keselamatan Ford Ranger Wildtrak 2.2L seperti anugerah 5-bintang untuk:

  • Asean NCAP
  • Australian NCAP
  • Euro NCAP

Dengan harga RM127,888, Ford Ranger Wildtrak 2.2L datang dengan senarai alatan keselamatan yang panjang:

- Amaran Perubahan Laluan (Lane Departure Warning).
- Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Alert) yang memberikan amaran berbentuk visual pada cermin hadapan.

 

 

- Kawalan Kestabilan Elektronik dengan kawalan cengkaman supaya kenderaan di dalam kawalan
- Bantuan Mula Mendaki (Hill Launch Assist)
- Bantuan Menurun Bukit (Hill Descent Control)
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Enam buah beg udara
- Cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak
- Adaptive Cruise Control
- Electric Power Assisted Steering
- Distance Indication and Alert
- Palang keselamatan perlanggaran sisi
- Sistem penggera dengan sonar di dalam kabin
- Immobiliser

 

11. Jika anda gemar aktiviti lasak atau berkhemah, memang anda akan bersetuju jurutera-jurutera yang membina Ranger ini memang pernah pergi berkhemah dan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Plak elektrik tiga-pin, soket 12V di tempat letak barang di luar, tempat mengikat barang, soket 12V yang masih hidup bila enjin dimatikan, ruang simpan barang di belakang tempat duduk belakang dan banyak lagi perkara praktikal yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang benar-benar menggunakan trak Ranger ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…