PDRM - Peringatan kepada pelajar tunggang motosikal ke sekolah

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati pelajar-pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah agar mematuhi undang-undang jalan raya berikutan sesi persekolahan bakal bermula minggu hadapan.


Menurut kenyataan laman rasmi Facebook, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), ibu bapa ataupun penjaga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan mereka.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

“Ia berikutan terdapat segelintir ibu bapa mahupun penjaga masih memandang remeh akan keselamatan anak masing-masing dengan membenarkan penggunaan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk pergi dan pulang ke sekolah.

 

“Aspek pertama adalah para pelajar menunggang motosikal ke sekolah perlu memiliki lesen memandu yang sah.

 

“Selain itu, penunggang dan pembonceng wajib memakai topi keledar untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku,” ujarnya.

 

Katanya lagi, JSPT akan melaksanakan penguatkuasaan OP Didik secara bersasar dan berterusan melalui pendekatan advokasi bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah kerana nyawa mereka begitu berharga sebagai tunggak masa depan negara.

 

- Sekiranya anda sayang kepada anak anda, dengarlah nasihat dari PDRM ini, sesal kemudian tiada gunanya -

 

 

JSPT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah…
Informasi
Beliau berkata ia melibatkan semua jenis saman yang dikeluarkan di seluruh negara kecuali kesalahan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.40 pagi, sebuah lori yang dipandu oleh…