Pelajar maut langgar lembu

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggang terlanggar seekor lembu yang melintas jalan di Jalan Kampung Kota Bukit di Sik.

Mangsa, Mohd Hammem Abd Halim, 14 tahun yang berasal dari Kampung Banggol Jeneri maut akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Kampung Langgok menghala Kampung Kota Bukit.

 

"Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu secara tiba-tiba melintas jalan secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar lembu terbabit.

 

"Pelanggaran itu mengakibat mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sik pada 9.35 malam tadi," katanya.

 

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.