Miros menerima lebih dari 800 penyertaan dari seramai 346 peserta dari 51 negara di seluruh dunia.
Panel juri pula terdiri dari:
- Yusof Ghani - Pegawai Penyelidik MIROS
- Rosidi Semail - Pemilik Balai Kartun Rossem
- Profesor Ahamad Tarmizi Azizan - Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW)Universiti Malaysia Kelantan dan Presiden Asean Digital Art Society (ASEDAS)
- Fawzy Morsy - Kartunis Professional dari Mesir
- Massoud Shojai Tabatabai - Kartunis Professional dari Iran
Johan ialah Seyran Caferli dari Azerbaijan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 manakala naik johan pula dimenangi oleh Saman Ahmadi dari Iran dengan hadiah sebanyak RM1,200.
Tempat ketiga dimenangi oleh Izabela Kowalska- Wieczorek dari Poland dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.
Tiga orang pemenang saguhati dengan hadiah bernilai RM500 ialah Bahram Arjomandnia dari Iran, Musa Gumus dari Turki dan Pheno dari Malaysia.
Di bawah ialah lukisan-lukisan yang telah memenangi hadiah-hadiah tersebut.