Senjata itu menimbulkan ancaman besar kepada aset ketenteraan termasuk kapal perang utama Britain, HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales.
Kebimbangan terhadap misil tergolong dalam kategori kenderaan luncur hipersonik (HGV) itu mendorong tindak balas segera daripada sekutu-sekutu Barat.
Britain, Australia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai ahli perikatan tentera AUKUS kini berusaha merangka pelbagai langkah bagi menangani ancaman tersebut.
Lebih membimbangkan apabila HGV berupaya terbang pada trajektori lebih rendah daripada peluru berpandu balistik antara benua lain, menyebabkan ia sukar dipintas.
“China mengutamakan keupayaan ini dan membina senjata HGV terkemuka di dunia. Ia mencatat kemajuan dramatik dalam tahun 2020-an. Menangani ancaman ini menjadi keutamaan AUKUS,” kata mereka.