"JPJ dan Agensi Dadah Kebangsaan telah mengadakan pemeriksaan di kebanyak stesen bas seminggu sebelum Ops Bersepadu ini dilancarkan secara rasmi," ujar Siew Fook.
"Pemandu bas ekspres yang bertugas perlu bebas saman dan tidak mempunyai masalah disiplin kerana ia memberi kesan kepada keselamatan penumpang, " terangnya.
Antara agensi yang terlibat dengan kempen keselamatan tahun ini ialah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JPJ, polis, MIROS, Pertahanan Awam, bomba dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.