Pemandu bas ekspres tak puas hati diperiksa anggota JPJ preman

oleh Penyumbang Rencana|
Tangkap layar perbualan antara pemandu bas ekspres dan individu mendakwa anggota JPJ berpakaian preman. - Foto tular
Tular rakaman video dipercayai dirakam seorang pemandu bas ekspres semasa satu pemeriksaan oleh beberapa individu yang mengaku daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berpakaian preman, pada Selasa.

Kejadian dipercayai jam 12.30 tengah hari di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban selepas jejantas susur keluar ke Nilai hala ke ibu kota.

Selain rakaman video dan foto, tular salinan laporan polis oleh pemandu bas ekspres terbabit dan dalam kejadian, bas dalam perjalanan dari Muar, Johor ke Teminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala lUmpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di tepi jalan oleh tiga individu menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner hitam.

Setelah berhenti, seorang individu memperkenalkan diri sebagai anggota JPJ dan menunjukkan lambang integriti JPJ selain memaklumkan mahu melakukan pemeriksaan.

Seorang daripada individu terbabit turut memaklumkan mereka sedang melakukan penyamaran dan perkara itu menimbulkan rasa was-was pemandu bas terbabit yang meragui kesahihan bahawa ketiga-tiga individu terbabit adalah anggota JPJ.

Pemandu bas itu turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan yang mahu melakukan pemeriksaan tanpa memakai sekurang-kurangnya rompi (vest) rasmi JPJ selain dikatakan tidak menunjukkan kad kuasa masing-masing.

Perkara itu katanya menyebabkan berlaku sedikit pertengkaran mulut antara mereka. Pemandu bas terbabit mendakwa selain tidak memakai vest, individu mengaku anggota JPJ turut berlagak seperti gangster.

Dalam laporan polis itu juga, pemandu bas memaklumkan sebelum ketiga-tiga individu itu beredar, mereka memberitahu akan menghantar surat saman kepada syarikat bas ekspres terbabit.

Menerusi dua rakaman video yang tular, masing-masing berdurasi seminit 47 saat, dan 38 saat, memperlihat reaksi pemandu bas yang tidak berpuas hati dengan tindakan tiga individu berkenaan terhadapnya.

Pemandu bas turut beberapa kali mempertikai mengapa tiga individu berkenaan tidak memakai vest JPJ sekiranya mahu menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan laporan polis berkenaan namun memaklumkan kes itu disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku di Nilai, Negeri Sembilan dan memaklumkan satu kenyataan akan dikeluarkan pihak JPJ pusat dalam masa terdekat.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…
Berita Domestik
Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada…