Pemandu F1 pilih Honda Civic Type-R untuk kegunaan harian

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai tanda penghargaan kepada sebuah pasukan Formula 1 menggunakan nadi kuasa daripada Honda untuk pusingan perlumbaan akan datang, maka Honda secara sukacitanya memberikan sebuah jentera yang berkuasa kepada pemandu pasukan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba daripada pasukan Formula 1, Scuderia Toro Rosso iaitu Pierre Gasly dan Brendon Hartly dilaporkan telah menerima unit masing-masing untuk kegunaan harian, iaitu sebuah Honda Civic Type-R.
 


Menurut Gasly, beliau berasa amat bertuah menerima sebuah Type R sebagai kenderaan harian. 

"Kemungkinan besar saya akan mencubanya di jalan ikonik Route Napoleon di Selatan Perancis, atau di litar perlumbaan di mana saya boleh mencuba keupayaan (Type R) ini," tambah beliau. 

Sementara itu, Hartley mempunyai perasaan sentimental apabila menerima jenteranya, oleh kerana kereta pertamanya merupakan sebuah Honda Civic tahun 1996. 

"Saya berasa amat seronok apabila dapat menaiktaraf kenderaan saya menjadi sebuah Type R," ujar beliau. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…