Pemenang Peraduan Servis & Menang Perodua Bawa Pulang Axia

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohd Saipol Kamal yang berasal dari Ipoh kin telah diumumkan sebagai pemenang utama Peraduan Servis & Menang Perodua dan beliau telah berjaya membawa pulang sebuah Perodua Axia baharu.

 

Peraduan Servis & Menang Perodua ini telah bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2017 telah dianjurkan dengan kerjasama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd.

 

Menurut Pengarah Urusan Perdodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, mereka telah menerima 37,600 penyertaan dengan penjualan sebanyak 1.26 juta liter minyak pelincir Petronas. Daripada jumlah tersebut, 90 pemenang bertuah telah dipilih.

Perodua

 

“Kami berterima kasih kepada pelanggan kerana memilih Perodua. Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1.39 juta pengambilan telah didaftarkan di pusat servis kami di seluruh negara” kata Zahari.

 

Pada hujung tahun ini, Perodua menjangkakan jumlah ambilan akan meningkat sebanyak 2.05 juta berbanding 2.03 juta yang direkodkan pada tahun 2016.

 

Perodua kini telah berjaya menjual 137,200 unit kenderaan bagi Januari hingga Ogos 2017.

Perodua