Pemilik BMW 7 Series bakal nikmati Program Keahlian BMW Excellence Club 

oleh DIANA ISMADI|
BMW Group Malaysia kini telah memperkenalkan BMW Excellence Club, satu program keahlian dan kesetiaan pelanggan untuk semua pemilik BMW 7 Series baharu.


Melalui program ini, pemilik baharu dan sedia ada BMW 7 Series menikmati pelbagai keistimewaan seperti program concierge khas, menghadiri acara tertutup, perkhidmatan valet eksklusif di beberapa lokasi terkenal seluruh negara, keutamaan penjadualan temu janji di premis-premis elit dan akses ke lounge premium.  

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sewaktu memperkenalkan BMW Excellence Club, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Apabila kami memperkenalkan BMW 7 Series Hybrid serba baharu dengan Teknologi eDrive pada awal tahun ini, kami sukakan idea Kemewahan Hidup yang Sebenar. Dengan program BMW Excellence Club yang baru ini, kami boleh berkongsi pengalaman istimewa dengan para pemilik BMW 7 Series.” 

 

BMW Excellence Club Programme

 


“BMW Excellence Club melengkapkan serta meningkatkan penanda aras program BMW WhiteCard dan BMW BlackCard yang diberikan kepada semua pelanggan BMW dan MINI. Program-program ini merupakan penanda aras dalam industri dari segi akses kepada pengalaman premium di seluruh negara,” kata Han. 


Pelanggan BMW dan MINI di Malaysia boleh mengharapkan lebih banyak acara menarik serta yang pertama seumpamanya di dalam negara beberapa bulan lagi.”

 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…