Pemilik-pemilik Corvette Z06 saman GM kerana prestasi buruk kereta di litar

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemilik-pemilik Corvette Z06 di US telah memfail saman kepada general Motors (GM) semalam kerana Corvette mereka tidak memberikan prestasi di atas litar seperti yang dijanjikan oleh GM.

Menurut saman tersebut, pemilik-pemilik itu mendakwa kelemahan sistem penyejuk pada Corvette itu menyebabkan kereta sport itu masuk ke “limp mode” atau mod “kecederaan” hanya selepas 15 minit pemanduan litar.

Limp mode akan menyebabkan kenderaan bergerak dengan kelajuan yang sangat perlahan bagi memastikan enjin tidak rosak ketika pemilik memandu kenderaantersebut ke bengkel.

Menurut pemilik-pemilik itu lagi, ia menjadi satu situasi yang merbahaya bila kereta mereka masuk ke limp mode ketika sedang berada di dalam litar kerana kenderaan lain yang sedang bergerak laju mungkin akan melanggar kereta itu.

Mereka juga berkata 15 minit ialah masa yang terlalu terhad kerana mereka akan menyewa litar untuk lebih dari 15 minit.

Dianggarkan kira-kira 30,000 unit Corvette Z06 dari tahun 2015 hingga 2017 terbabit dengan masalah ini.

Di US, kes saman oleh pengguna memang popular dan kerana itu banyak syarikat komersil berhati-hati dengan produk yang dikeluarkan kerana takut disaman. 

Kerana itu, hak pengguna sangat penting kerana ia menjamin syarikat pengeluar menghasilkan produk yang benar-benar baik.

*Berita dipetik dari Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit berwarna hijau yang dipaparkan kali ini merupakan salah satu contoh projek restomod yang…
Berita Global
Selepas 26 jam di dalam tangan beliau, Corvette iu rosak terus bila ia melanggar sebuah Hyundai…
Berita Global
Ia juga mendapat pujian dari rakyat US yang rata-rata bangga produk tempatan mereka sama bagus…