Pemilik Proton sudah tahu apa itu ESC!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemilik Proton kini dikenal-pasti sebagai mereka yang lebih mementingkan keselamatan.

Dua orang pemilik Proton baharu yang ditemuramah oleh Careta di Pusat 4S Proton Muar hari ini menyatakan keselamatan adalah aspek terpenting dalam pemilihan kenderaan baharu mereka.

Menurut Norhafiza Omar (gambar di bawah) yang bekerja di Bank Islam cawangan Muar, beliau memilih Proton Persona baharu untuk menggantikan Proton Saganya.

"Ciri-ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control atau ESC pada Proton Persona ini adalah sebab utama saya memilihnya," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

 

norhafiza
Norhafiza dan suami bergambar dengan pengurusan tertinggi Proton semasa menerima Proton Persona baharu beliau.

 

"Saya juga tertarik dengan spesifikasi yang tinggi pada Persona ini," tambah Norhafiza.

Beliau turut mempunyai sebuah Proton Exora di rumah.

Sementara itu, Salasiah Abdullah dari Jalan Rambutan, Muar menyokong pendapat Norhafiza.

"Ini ialah Proton ketiga saya selepas sebuah Wira SE dan Persona. Iriz ini mempunyai alatan keselamatan seperti Electronic Stability Control yang membantu mengelakan kemalangan," terang Salasiah.

Malah, Salasiah membandingkan ciri-ciri keselamatan semua kenderaan di dalam julat harga bajet beliau.

 

Salasiah
Salasiah dan anaknya gembira menerima Iriz baharu mereka dari CEO Proton, Datuk Fuaad Kenali.

 

"Iriz ialah yang terbaik di dalam segmennya dari segi keselamatan," sambungnya.

"Iriz ini juga kompak dan mudah dipandu di sekeliling bandar. Enjin 1.3L ini juga pada pendapat saya menjimatkan bahan api," kata Salasiah yang bekerja di Majlis Bandaran Muar.

Strategi Proton untuk melengkapkan kenderaan mereka dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi nampaknya telah membuahkan hasil kerana alatan keselamatan ialah antara punca utama pembeli memilih Proton.

Antara ciri keselamatan yang sering disebut oleh pemilik Proton beg udara, ESC, traction control, ABS dan casis yang kukuh serta pengendalian yang baik. 

Proton kini menawarkan pakej Amazing 5 di mana ia memberikan servis percuma selama 5 tahun untuk sesiapa yang membeli Proton sekarang.