Pertandingan Wörthersee GTI itu berlangsung pada selama 7 hari bermula 20 Mac dan menyaksikan sejumlah 1500 penyertaan. Peserta perlu mendaftar, melengkapkan slogan dan menjawab 10 soalan dengan masa yang pantas. Tiga peserta terpantas dipilih untuk mara ke pusingan terakhir.
Menurut Mohamad Syazwan, 26 tahun, beliau telah membuktikan bahawa beliau memang seorang peminat tegar GTI dan telah menghabiskan masa selama seminggu bagi memantapkan lagi pengetahuan untuk pertandingan.
“Saya juga terpaksa berjaga di tengah malam sehari sebelum Pusingan Terakhir untuk memastikan saya menguasai informasi berkenaan GTI. Saya berasa amat teruja apabila impian saya (memenangi trip ini) menjadi kenyataan,” tambah beliau yang bakal membawa adiknya ke Austria.
Ketika pertandingan sedang berlangsung, Syazwan menunjukkan kemahiran beliau menjawab soalan mencabar berkenaan sejarah, aspek teknikal Golf GTI serta sedikit sebanyak info berkenaan Festival Wörthersee GTI.
Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Pertandingan Wörthersee GTI ini merupakan salah satu cara bagi meraikan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminat GTI di Malaysia.
“Kami berasa teruja dapat memberikan peluang sekali seumur hidup ini kepada pemenang hadiah kami dan tahniah diucapkan kepada Syazwan di atas kemenangan ini,” tambah beliau.
Festival Wörthersee GTI berlangsung pada setiap bulan Mei di Tasik Wörth atau lebih dikenali dengan nama Wörthersee. Acara saban tahun yang dimulakan oleh sekumpulan kecil pemilik Volkswagen GTI telah menjadi satu acara gilang gemilang meliputi kenderaan VW (yang diubahsuai, klasik dan vintaj) kini menarik lebih 100,000 peminat seluruh dunia. Tahun ini merupakan tahun ke-37 penganjuran festival bersejarah itu.
Peraduan Wörthersee GTI ini diadakan seiring dengan pelancaran keluarga terbaharu Golf di Malaysia dan terdapat empat varian yang ditawarkan.
Berikut merupakan varian Golf yang dijual di Malaysia.
Varian Sportline (1.4 TSI) - RM155,990
Varian R-Line (1.4 TSI) - RM169,990
Varian Golf GTI (2.0 TSI) - RM239,990
Varian Golf R (2.0 TSI AWD) - RM295,990
Penulis: Muhamad Hanif