Penjual kereta didakwa tipu urusan beli Mustang, Mercedes

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang penjual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu, atas pertuduhan menipu warga emas berhubung urusan pembelian kereta mewah jenis Mustang dan Mercedes E250 Coupe, tiga tahun lalu.

GK Jaya Sharma, 47, didakwa menipu dengan memperdaya peniaga makanan Mohd Robiei Wong Abdullah, 72, untuk mempercayai tertuduh boleh menawarkan dua kereta itu sehingga mendorong mangsa membuat pembayaran sebanyak RM122,000 kepada tertuduh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai Penchala di sini pada 11 Mac 2021 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam B Sarathbala yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum antara RM2,000 hingga RM3,000 dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April untuk sebutan kes.

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…
Informasi
  Ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu…
Berita Domestik
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, sebuah syarikat menjual kereta terpakai di…