Naza Kia Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk penggantian bahagian Kia yang tulen serta diskaun untuk kos buruh, tertakluk kepada tahap kerosakan yang ditanggung dalam kenderaan itu.
Program bantuan banjir ini hanya tersedia untuk kenderaan Kia yang tidak diinsuranskan untuk bencana alam.
Sementara itu, pemilik kereta boleh mengambil langkah keselamatan berikut untuk mengelakkan kerosakan besar terhadap kenderaan mereka:
- Jangan cuba memulakan kenderaan anda atau hidupkan suis pencucuhan.
- Buka pintu kenderaan secara manual dengan menggunakan kunci untuk mengelakkan kegagalan bahagian elektronik dari penggunaan penggera jauh.
- Tanggalkan segera terminal bateri negatif untuk mengelakkan aliran elektrik di dalam kenderaan anda.
- Menyediakan laporan polis dan memaklumkan syarikat insurans anda.
- Keluarkan barang berharga dari kenderaan anda sebelum mengunci kenderaan anda secara manual.
- Buat pergiraan untuk menghantar kenderaan anda ke pusat servis Naza Kia terdekat untuk diperiksa.
Sila ke Pusat Jualan dan Servis Naza Kia yang berdekatan dengan anda di:
No |
Outlet |
State |
1 |
NKM Kuantan Red Cube |
Pahang |
2 |
Autohaus Prima Sdn Bhd |
Terengganu |
3 |
Sri Baru Fast Automobile Sdn Bhd |
Kelantan |