Perlukah ada sekatan jalan di lebuhraya bertol?

oleh HEZERI SAMSURI|
Assalamualaikum dan apa khabar.

Izinkan saya meroyan sebentar. Saya sebenarnya sedikit terganggu dengan kejadian yang saya alami beberapa hari lalu.

Saya memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan dan saya lihat ada beberapa"speed trap" dilakukan.

Dari apa yang saya belajar, "speed trap" digunakan sebagai "conditioning measure", untuk memastikan pengguna jalanraya mematuhi halaju tidak kira masa dan lokasi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Benar, tetapi hanya pengawasan dari segi denda yang saya lihat. Dan dengan wujudnya sistem navigasi seperti Waze dan Google Map, pengguna boleh berkongsi maklumat lokasi perangkap halaju.

Ini bermakna perangkap anda tidak lagi efektif, tetapu yang pasti, ia menurunkan halaju kenderaan di kawasan itu.

Jika anda biasa memandu dari Kuantan ke KL, antara tempat yang tinggi risiko kemalangan ialah dari terowong turun ke arah Gombak. 

Dari KL, laluan selepas terowong menghala ke Bentong turut berada dalam kategori mudah tergolek atau tewas.

 

 

Laluan berliku itu memang merbahaya jika kenderaan dipandu laju dan semasa hujan, acapkali kelihatan trak pikap "berehat" di dalam longkang.

Kenapa tidak dilakukan perangkap halaju di kawasan itu? Kenapa ia dilakukan di bahagian jalanraya empat laluan lurus menuruni bukit? 

Ya, memang kita faham mereka boleh lakukan perangkap halaju di mana sahaja mereka suka tetapi jika ia berada di kawasan merbahaya dengan niat untuk merendahkan kadar kemalangan, kami rasa imej mereka akan meningkat dan nampak profesional.

 

 

Menurut maklumat dari Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia atau MIROS, Malaysia mempunyai sebanyak 27,613,120 kenderaan berdaftar dalam tahun 2016.

Dan dari jumlah itu, lebih 70 peratus yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

Jadi secara logiknya, kita perlu memberi penekanan yang lebih kepada pengguna motosikal untuk menurunkan kadar kematian dan kemalangan jalanraya negara.

 

 

MIROS menggunakan alasan ini untuk menjadikan Blind Monitoring System (BMS)sebagai salah satu alatan yang memungkinkan kenderaan itu mendapat penilaian 5-bintang di dalam Asean-NCAP .

Kerana itu, kita lihat Honda Malaysia, Hyundai dan pelbagai jenama lagi mula memperkenalkan fitur itu di dalam model lazim mereka.

Syabas kepada MIROS yang mahu memberi lebih fokus kepada pengurangan kemalangan motosikal untuk rantau Asean.

JKJR dan MKJR juga menggiatkan kempen poster untuk tujuan menyedarkan pengguna motosikal akan cara menunggang yang selamat dan untuk pemandu kereta, menyedarkan mereka agar lebih prihatin kepada penunggang motosikal.

 

 

Untuk pihak polis dan JPJ, kami kurang pasti apakah tindakan yang diadakan untuk membantu mengurangkan kemalangan jalanraya bagi pengguna motosikal. 

Mewujudkan kempen Skuad Muda dan sebagainya ialah gula-gula kepada media. It looks good on paper dan kami sendiri tahu, ahli Skuad sendiri tidak begitu patuh pada undang-undang (lihat sahaja kenderaan mereka).

Menahan pengguna di jalanraya dan menyaman mereka sudah terbukti tidak berkesan. Melalukan operasi pun tidak terkesan. Ini bukan isu politik di mana fakta ekonomi boleh dipesongkan untuk menunjukan yang positif sahaja.

 

 

Fakta kemalangan tidak boleh disadur dengan coklat Cadburry kerana media permotoran tidak begitu kisah akan perkara politik. 

Yang penting ialah rakyat mahu lihat sesuatu yang lebih solid dan lebih berkesan agar ada penurunan pada jumlah kemalangan jalanraya, terutama pada pengguna motosikal.

Dan saya pasti, membuat sekatan jalanraya di lebuhraya bertol dan mengakibatkan kesesakan tidak akan menurunkan kadar kemalangan pengguna motosikal.

Dan tolonglah, jangan sampai keluar kenyataan "motosikal diharamkan di jalanraya". Kita ada akal, jangan guna shortcut.

Ramai mahu membantu, cuma perlu turunkan ego dan berjumpa dengan kelab-kelab pengguna motosikal atau para media sendiri. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…