Permintaan terakhir: Dikebumi bersama kereta kesayangan dalam posisi memandu!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki berusia 72 tahun yang berasal dari Afrika Selatan yang diikenali dengan nama Tsheke Pitso telah menghembuskan nafas baru-baru ini dan mendiang telah meninggalkan wasiat unik untuk ditunaikan oleh kaum keluarga.


Secara lumrahnya, orang yang telah meninggal tak akan bawa apa-apa termasuklah harta yang dimilikinya dan jarang dibuat orang untuk bawa sekali harta sewaktu upacara pengebumian.



MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Daily Mail, mendiang telah berpesan bahawa kereta kesayangan mendiang perlu disemadi bersama dan dipakaikan kot serba putih serta perlu diletakkan di bahagian tempat duduk pemandu.

 

tanam

 

Posisi tangan mendiang juga diletakkan di bahagian stereng kereta seolah-olah sedang memandu kereta miliknya itu.

 

Hal ini membuatkan penduduk setempat berasa curiga dan ingin melihat sendiri bagaimana cara pengebumian dilakukan sehingga sanggup melanggar perintah berkurung daripada kerajaan.

 

tanam kereta

 

Menurut anak lelaki tersebut, ayahnya seorang usahawan yang kaya dan lelaki tersebut membeli kereta mewah secondhand itu.

 

Namun, tak lama selepas itu kereta itu rosak dan tak dapat digunakan lagi dan permintaan terakhir ayahnya adalah untuk dikebumikan bersama dengan kereta kesayangannya dan pihak keluarga menghormati permintaannya itu.

 

semadi

 

*Ada ke yang sanggup nak ikuti jejak langkah ini? 

 

sumber: inharare