Permohonan ke Sekolah Latihan Automotif Bermaz sesi 2024 dibuka sekarang - tajaan sepenuhnya!

oleh Penyumbang Rencana|

Bermaz Auto Berhad mempelawa permohonan pengajian secara sepenuh masa bagi calon lepasan SPM/ Setaraf ke program Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma IMI (Institute of The Motor Industry), United Kingdom dalam bidang Automotif. Bermaz Auto Training School menawarkan tiga program tajaan penuh iaitu:-


1.    Bermaz Auto Mechatronic Training (BAMT)
2.    Bermaz Auto Body & Paint Program (BABP)
3.    Bermaz Auto Mechanic Program (BAMP)

gambar hiasan

MANFAAT


1.    Pakaian seragam disediakan
2.    Elaun Bulanan (RM1000.00 untuk program BAMT), (RM500.00 tahun pertama, RM600.00 tahun kedua untuk program BABP & BAMP)
3.    Perlindungan rawatan pesakit luar (untuk program BABP & BAMP)
4.    Insurans perlindungan hospital dan pembedahan (untuk program BABP & BAMP)
5.    Insurans perlindungan kemalangan diri berkelompok
6.    Elaun makanan bulanan atau, makan tengah hari percuma setiap hari
7.    Penyertaan dalam aktiviti syarikat, seperti: Makan Malam Tahunan, Melancong, dan banyak lagi.
8.    Yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh syarikat (SKM & IMI).
9.    Penggunaan peralatan latihan terkini.
 

gambar hiasan

CARA MEMOHON


1.    Permohonan bagi calon lepasan SPM/ Setaraf, terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. 
2.    Berumur 17 hingga 22 tahun sahaja.
3.    Permohonan dibuka sehingga 31 Mei 2024.
4.    Permohonan boleh dikemukakan terus dengan menghantar resume/ maklumat peribadi ke alamat email [email protected] atau,
       melalui whatsapp ke no.: 016-7776219/ 013-5902683.
5.    Maklumat lanjut, boleh dirujuk pada iklan dibawah.


PERTANYAAN


Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:
BAuto Training School,
No 6, Jln Pelukis U1/46A,
Kawasan Perindustrian Temasya,
40150 Shah Alam, Selangor.
03 – 7661 8983/ 8987

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua graduan kini bekerja di bawah Bermaz Auto Berhad dan bakal ditempatkan di pusat-pusat…