Eco Park, atau taman mesra alam, akan dibina oleh Perodua sebagai komitmen syarikat itu pada penjagaan alam sekitar.
Eco Park tersebut, yang akan dibina di tengah kawasan 500 ekar kilang pengeluaran Perodua, akan mengandungi sebuah kebun kecil dimana akan terdapat penanaman hidrofonik dan juga tempat beristirehat.
“Matlamat kami ialah untuk membuat operasi pengeluaran kami lebih mesra alam sebanyak mungkin dan satu hari untuk menjadi syarikat “hijau” secara penuh,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Semua penjanaan kuasa elektrik di taman itu akan menggunakan tenaga solar serta bateri boleh cas semula untuk memastikan tiada kesan pada alam sekitar.
Tambah lagi, semua bahan binaan bangunan yang digunakan di Eco Park itu akan dibuat dari bahan kitar semula dari kilang pengeluaran Perodua.
Keluasan Eco Park ialah 1500 meter persegi dan berharga RM300,00 untuk dibina. Ia dijangka siap pada bulan Oktober nanti.