Perodua Axia kini 250,000 unit telah terjual

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perodua Axia yang dilancarkan sejak dari tahun 2014 kini telah mencapai 250,000 unit dijual di Malaysia. Pencapaian ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan bagi kenderaan tersebut.

 

“Kami gembira dan terharu dengan sambutan hangat rakyat Malaysia untuk Perodua secara amnya dan bagi Axia khususnya” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Ybhg Datuk Zahari Husin.

 

Dengan pencapaian sebanyak 250,000 unit terjual, Perodua percaya bahawa inilah bukti bahawa semua rakyat Malaysia percaya bahawa Axia bukan sahaja mampu milik tetapi ia juga kerana kualiti dan penawaran keselamatan.

 

Puan Isma Nurul Farhana yang bekerja sebagai guru di Pulau Langkawi merupakan pemilik Perodua Axia yang ke 250,000. Isma dan keluarga telah menerima replika kunci, sejambak bunga dan hadiah saguhati kerana telah menjadi pelanggan bertuah Perodua.

 

AXIA

 

Perodua Axia dikuasakan dengan enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5Km/L dalam mod Eco-Driving. Axia juga telah dianugerahkan penarafan empat bintang oleh ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara) yang setanding dengan standard keselamatan antarabangsa.

 

Perodua Axia ditawaran pada harga bermula dari RM24,900 untuk Standard E (Manual) kepada RM42,900 untuk Advance (Automatik) (harga di semenanjung Malaysia).

 

AXIA

"Selain menjadi pelanggan bertuah, Puan Isma juga sedang dalam usaha untuk memenangi Perodua Myvi di bawah promosi "Myvi 12 Anniversary Iconic Years" yang berlangsung antara 1 Julai dan 31 Oktober 2017," kata Zahari.

 

Untuk layak dalam penyertaan tersebut seseorang boleh sama ada membeli kenderaan Perodua baharu di cawangan jualan Perodua yang sah atau servis kenderaan Perodua (dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300) atau menjual semula mana-mana model kereta dengan Perodua. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…