Perodua buka Pusat 3S baharu di Sungai Buloh

oleh Afandi Che Muhamad|
Berita baik! Sebuah lagi Pusat 3S Perodua telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh petang semalam.

Untuk makluman, Pusat 3S baharu tersebut dimiliki dan dikendalikan wakil pengedar rasmi Perodua iaitu Yusmanida Auto Sdn. Bhd.

Dibina dengan keluasan 16,000 kaki persegi, Pusat 3S baharu berkenaan dikendalikan 65 kakitangan terdiri daripada 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pusat 3S baharu yang beralamat di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000 Saujana Utama, Sungai Buloh itu menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada para pelanggan dan penduduk setempat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini ia diketahui pernah mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang.

"Sepanjang 15 tahun ini, Yusmanida Auto telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perodua.

"Komitmen dipamer mereka (Yusmanida Auto) dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan adalah seiring dengan hasrat Perodua," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yusmanida Auto, Sarizal Yusman Yusoff memberitahu, proses pembinaan cawangan ini telah dimulakan Ogos 2016 namun hanya siap pada April tahun lalu sebelum mula beroperasi September tahun sama.

"Kami amat gembira dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pengeluar kereta paling laris negara.

“Kami berharap inisiatif meluaskan skop perniagaan sedia ada menerusi perkhidmatan servis dan alat ganti di lokasi baru ini mampu menawarkan Pengalaman Perodua (Perodua Experience) terbaik kepada para pelanggan selari dengan inisiatif Transformasi 2.0 Perodua,” ujar Sarizal.

Jelas Sarizal lagi, pusat servis tersebut mampu menyelenggara enam unit kereta pada satu-satu masa sekali gus meminimumkan tempoh menunggu pelanggan.

Tambahnya, pelanggan boleh berehat di ruang menunggu yang disediakan dengan tiga unit televisyen, sebuah perpustakaan mini, tempat permainan kanak-kanak, mesin layan diri dan kemudahan membuat minuman.

Susulan perasmian Pusat 3S baharu berkenaan, Perodua kini dilaporkan mempunyai 186 cawangan jualan, 183 pusat servis serta 24 pusat ketuk dan cat di seluruh negara.

Terdahulu, pelancaran Pusat 3S baharu tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya…
Berita Domestik
Memetik laporan Astro Awani semalam, golongan belia di sekitar daerah tersebut tidak perlu…
Berita Domestik
Honda Malaysia hari ini telah membuka satu lagi pusat 3S baharu di Skudai, Johor yang dikendalikan…