Masa terbaik yang dicatatkan oleh pasukan ini adalah 3:07 dan dalam masa 24 jam dan berjaya membuat 383 pusingan.
Pengurus Pasukan, Dato Mohd Khairul berkata pasukan Loco Racing Maxxoil adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang hanya mengisi bahan api dan menukar pemandu tanpa menghadapi masalah besar untuk bahagian kereta dan hanya selepas 16 jam perlumbaan pasukan terpaksa menukar tayar sekali sahaja.
Beliau juga berkata perlumbaan kali ini amat bermakna kerana telah melakukan yang terbaik, sebuah pasukan dari Malaysia yang terbaik dan menjadi juara dalam kategori kami, dapat bertahan selama 24 jam serta menggunakan sebuah kereta yang pantas tetapi boleh dipercayai, bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang baik, strategi dan kejuruteraan kraf perlumbaan yang baik.
Secara ringkas Pasukan Loco Racing Maxxoil telah berjaya:-
- mendapat tempat ke-9 secara keseluruhan
- tempat pertama dalam kategori Malaysia
- tempat pertama dalam Kelas M3
Spesifikasi kereta yang digunakan adalah:
- 1998 Perodua Kancil
- Enjin DVVT 850cc (sumber dari Perodua Viva)
- Stok sepenuhnya tetapi telah dibina semula dan air-fuel ratio oleh Greddy E-Manage