Perodua lancar GearUp Smart Bluetooth TPMS - periksa tekanan tayar melalui aplikasi mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah melancarkan aplikasi terbaru mudah alih di bawah jenama GearUp, iaitu GearUp Smart Bluetooth TPMS (Tyre Pressure Monitoring System). Aplikasi ini membenarkan pemandu memeriksa tekanan tayar kenderaan mereka bila-bila masa dalam masa nyata.

GearUp Smart Bluetooth TPMS ini ditawarkan pada harga promosi RM385 sahaja (harga asal RM430 bagi Semenanjung Malaysia) sehingga 30 Jun 2018. Aksesori ini turut ditawarkan waranti selama 6 bulan, sama seperti aksesori GearUp yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah Urusan Jualan Perodua, Dato' Dr Zahari Husin, Perodua merupakan syarikat pengeluar pertama di Malaysia yang menawarkan sistem pemantauan tekanan tayar mesra peranti pintar sebagai sebuah aksesori  yang original. 



Tambah beliau, sistem GearUp Smart Bluetooth TPMS ini direka dan dibangunkan sendiri oleh anak tempatan. 

"Perodua dengan bangganya ingin menjadi sebuah syarikat yang menjadi perintis kepada penghasilan produk tempatan dan sekaligus menyumbang kepada ekosistem automotif negara," ujar Dato' Dr Zahari.

Produk ini terdiri daripada empat sensor individu yang dipasang di setiap tayar dan sebuah peranti pintar mudah alih. Dengan menggunakan sambungan Bluetooth, segala maklumat berkenaan keadaan semasa tayar akan disalurkan kepada peranti pintar tersebut. 
 



Sekiranya bacaan semasa menunjukkan pengurangan sebanyak 8% daripada bacaan yang dibenarkan, pemandu akan menerima notifikasi berbentuk bunyi beep dan peranti tersebut akan memaparkan lokasi tayar yang bermasalah itu menerusi bantuan cahaya.

Bagi mengelakkan masalah kecurian yang semakin berleluasa, produk GearUp Smart Bluetooth TPMS ini boleh dikunci menggunakan spanar lock nut yang turut dibekalkan.

Sebagai info tambahan, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi FOBO Tire (boleh didapati oleh pengguna iOS versi 7.1 dan Android 4.3 ke atas). Aplikasi ini turut memudahkan pengguna memantau kadar tekanan dan suhu tayar kenderaan menggunakan sambungan Bluetooth menerusi telefon pintar mereka.

Penulis: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…