Petron Turbo Diesel Euro 5 taja Ekspedisi Rainforest Trophy 4X4

oleh SALINA JALIL|
Petron Turbo Diesel Euro 5 baru-baru ini telah menganjurkan Pengembaraan Ekspedisi Hutan 4x4 Rainforest Trophy Malaysia 2018 untuk membuktikan kekuasanya yang berdaya tinggi.

Pengembaraan ini telah dibawakan oleh penganjur Rainforest Challenge (RFC), Rainforest Trophy 2018 adalah untuk menguji semangat berpasukan, daya ketahanan, dan kemahiran off-roading pemanduan 4x4 masing-masing apabila menavigasi hutan hujan di pantai timur Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 100 pasukan peminat pemanduan esktrem 4x4 telah cuba mengatasi halangan-halangan seperti membina jambatan untuk menyeberangi sungai, bukit, paya, kolam lumpur, menurun bukit dan banyak lagi.

Ekspedisi kedua ini telah bermula sejak tahun 2017 dan telah berakhir di Gua Musang, Kelantan selepas tujuh hari yang mencabar dan memenatkan. Cabaran ketahanan ini telah bermula di Kota Bharu pada 14 Julai. 

“Rainforest Trophy telah menunjukkan aksi yang terbaik daripada peserta-peserta untuk bersatu mendalami minat mereka terhadap aktiviti luar yang sangat lasak. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini yang sangat menyeronokkan dan mencabar, dan kami memuji semua pasukan untuk kemahiran dan semangat yang sememangnya luar biasa,” kata Faridah Ali, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia.
 

 

Para peserta membuat hentian pit di stesen-stesen minyak Petron yang terdapat sepanjang jalan ke Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai. Satu anugerah khas untuk ‘Semangat Berpasukan Terbaik’ telah dipilih oleh para peserta dan pasukan media yang dianugerahkan di upacara penutup di Gua Musang pada 20 Julai.
 

 

Di sepanjang pemanduan, pemandu off-roader dan peminat pengembara juga diberi peluang untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan bantuan di Pos Gob, sebuah Kampung Orang Asli yang terletak paling jauh di Kelantan dari 18 hingga 20 Julai. Para peserta telah memasang tiang gol di padang, mengecat madrasah, dan membaiki dewan serbaguna penduduk kampung tersebut.
 

 

Dalam musim Rainforest Challenge 2018 baharu yang akan bermula pada bulan November ini, Petron Turbo Diesel Euro 5 akan terus menaja acara 4x4 utama yang diadakan secara eksklusif di Malaysia. Dikenali sebagai salah satu daripada sepuluh perlumbaan motor yang paling sukar di dunia, Rainforest Challenge 2018 merupakan perlumbaan lasak yang direka untuk orang-orang yang paling berani bersama jentera mereka di hutan hujan yang tebal di Malaysia. Dengan minyak TriAction Advantage, pasukan-pasukan bersiap sedia untuk pengembaraan off-road yang hebat. 

 

Petron Turbo Diesel Euro 5 yang berteknologi tinggi merupakan satu-satunya diesel mesra alam sekitar dengan kuasa 'turbo' di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan tindakan pembersihan yang cemerlang tetapi juga telah dirumuskan untuk menahan haba dan tekanan tinggi yang melampau. Turbo Diesel Euro 5 kini boleh didapati di 132 stesen minyak Petron di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

“Kami teruja untuk memacu kenderaan 4x4 dengan teknologi Turbo Diesel Euro 5 yang dinamik. Dipertingkatkan dengan TriAction Advantage, Turbo Diesel 5 akan memberikan lebih kuasa dan operasi enjin yang lancar kepada peserta apabila melalui rupa bumi dan halangan yang mencabar,” tambah Faridah. 
 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda…
Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…