Pilihan keluar dari kelompok mainstream-Mitsubishi Outlander 2.0L CKD

oleh DIANA ISMADI|
Dengan harga yang berpatutan, RM139,000, Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD), mempunyai potensinya yang tersendiri untuk menarik minat pembeli yang inginkan kenderaan keluarga yang stylo dan lain dari lain. 

Jentera ini merupakan antara pilihan menarik jika anda mahu keluar dari kelompok "mainstream", dan inginkan perbezaan dari crossover yang mendominasi pasaran seperti CR-V, Mazda CX-5 atau Nissan X-Trail.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenapa ia pilihan menarik? Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD (CKD) adalah lebih murah berbanding dengan versi CBU (RM171,000) yang mula diperkenalkan pada April 2016. Dengan harga berpatutan dan kualiti pemasangan setaraf dengan versi CBU, jentera ini harus dipertimbangkan mengikut keperluan dan kesesuaian anda.

 

Mitsubishi Outlander


Semestinya harga berpatutan sahaja tidak menjaminkan yang ia merupakan sebuah jentera yang bagus. Baru-baru ini kami berpeluang untuk memandu uji jentera ini ke Janda Baik dengan jarak keseluruhan 217 km. Berikut merupakan laporan kami mengenai beberapa perkara penting yang perlu anda tahu mengenai jentera ini:

 

Mitsubishi Outlander


Pengendalian selesa dan prestasi mencukupi

Outlander 2.0L 4WD ini dikuasakan oleh enjin 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 145 PS dan tork 196 Nm. Pilihan transmisi dengan sistem pacuan 4-roda Multi-Select 4WD dengan tiga mod:


4WD Eco - Pacuan lebih kepada roda depan untuk penjimatan minyak, dan pacuan akan disalurkan ke roda belakang bila perlu sahaja
4WD Auto - Penghantaran ke semua roda dalam nisbah yang perlu untuk memastikan pemanduan yang lancar ketika dipandu laju
4WD Lock - Kuasa dihantar kesemua roda dengan sekata untuk tujuan mendaki cerun, jalan berselut atau permukaan kasar


Tanpa perlu dipaksa untuk bekerja keras, jentera ini mempunyai kuasa yang memadai ketika melakukan tugas memotong. Pemanduan di lebuh raya terasa stabil dan ia turut mempamerkan karakteristik seperti yang diharapkan sebagai sebuah SUV tujuh tempat duduk. 


Jentera ini juga seronok di bawa melalui selekoh-selekoh dan terasa begitu sesuai untuk kegunaan dalam kawasan bandar. Walaubagaimanapun, pandu uji dilakukan dengan hanya tiga penumpang (termasuk pemandu) sepanjang perjalanan. 

 

Mitsubishi Outlander

Sistem suspensinya (MacPherson di depan, "multi-link" di belakang) sudah cukup buat kami syiok kerana ia tidak membuatkan kami terbuai dan mual. Kami katakan ia cukup sedang elok kerana tidak keras dan tidak terlalu lembut. 

Mitsubishi Outlander


Keselesaan di dalam kabin tetap terjaga walaupun dipandu laju. Tiada gegaran yang dirasakan pada stereng mahupun tempat duduk ketika. Bunyi angin dan enjin turut berada pada tahap minimum pada setiap masa. 


Ruang dalaman luas dan praktikal

Pertama kali memasuki jentera, kami agak heran dengan rekaan interior yang simple dan sangat berbeza dengan jentera SUV generasi terkini. Menurut Mitsubishi, rekaan simple tersebut adalah disebabkan mereka mahukan pemandu fokus dengan pemanduan yang menyeronokkan tanpa terganggu dengan pelbagai jenis aksesori, segala punat dan butang yang boleh menggangu si pemandu.

 

Mitsubishi Outlander

 


Bercakap soal ruang dan keluasan, tempat duduk barisan ketiga muat untuk dewasa saiz kecil hingga sederhana. Ruang but seluas (1,608 liter) apabila kerusi barisan ketiga dibaringkan atau barisan kedua turut dibaringkan. Tempat duduk barisan kedua hanya boleh dibaringkan sedikit dan boleh dilaras ke hadapan atau ke belakang.


Kabinnya juga lengkap dengan ciri-ciri kemudahan untuk seisi keluarga seperti sistem infotainment skrin sesentuh A 7-inci dengan Apple CarPlay. Ia turut datang dengan "dashcam" dan sistem "keyless entry".

 

Mitsubishi Outlander


Cuma satu yang bakal merisaukan pembeli adalah pendingin hawa hanya mempunyai corong (aircon vent) pada papan pemuka sahaja. Dengan cuaca terik di Malaysia, penumpang di barisan ketiga mungkin akan berasa kurang selesa.

Mitsubishi Outlander


Penampilan eksterior ranggi 

Penampilan Outlander dengan dengan lampu LED dan rim aloi 18-inci cukup menawan dan ranggi. Ia cukup kemas dan versatile, sesuai untuk ibu bapa yang berjiwa muda dan tidak mahu membeli MPV. Walaubagaimanapun, soal rupabentuk adalah subjektif bergantung kepada individu. 

Mitsubishi Outlander


Sistem keselamatan premium

Sebuah kereta keluarga yang baik haruslah dilengkapi dengan sistem dan ciri keselamatan yang mantap untuk dilabelkan sebagai sebuah kereta keluarga yang baik. Outlander ini dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti;

  • Tujuh beg udara
  • ABS dan EBD
  • Brake Assist
  • Active Stability & Traction Control (ASTC)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • ISOFIX
  • Reinforced Impact Safety Evolution (RISE)
  • Rest Reminder (pengingat buat pemandu supaya berhenti rehat apabila letih)
  • Kamera Undur

*Kesemua sistem dan ciri keselamatan datang sebagai ciri standard. 

Mitsubishi Outlander


Jentera ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Red Metallic, Solar White dan Ruby Black. Ia turut datang dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Secara keseluruhan, ia selesa untuk keluarga cuma bila barisan ketiga digunakan, ruang barang sangat kecil. Apa yang terbaik adalah, bawa seluruh ahli keluarga anda ke bilik pameran, cuba dan pandu uji sendiri jentera ini sama ada sesuai untuk keluarga anda atau pun tidak.

 

Mitsubishi Outlander

 

Mitsubishi Outlander

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…