Polestar guna 911, Taycan sebagai tanda aras bagi pembangunan model roadster elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Bermula sebagai sebuah model konsep yang digelar O2 Concept, Polestar kini mengesahkan kehadiran model roadster berkuasa elektrik dengan nama rasmi Polestar 6 yang dijangka tiba tahun 2026.

Menariknya, untuk pembangunan model roadster EV ini Polestar menggunakan dua buah model jenama pesaing sebagai tanda aras - Porsche 911 dan sedan elektrik Porsche Taycan!

Menurut Edward Trinh, Pengurus Perancangan Produk Polestar Australia menjelaskan, "911 dan Taycan - ia merupakan jenis kenderaan yang kami sedang lihat. Kami percaya kedua-dua unit tersebut adalah penanda aras di dalam industri untuk aspek dinamik kenderaan.
 

Polestar 6


Ujarnya lagi, pasukan penyelidik dan pembangunan Polestar yang berpengkalan di Sweden "sangat serius" dalan memastikan kereta tersebut mampu menawarkan tahap dinamik pemanduan yang optimum.

"Mereka sangat serius terhadap aspek itu. Dinamik kenderaan merupakan kepakaran kami, dan kami tidak akan lupa warisan itu.

Dibangun menggunakan senibina elektrik 800-voltan, platform ini disebut mampu menampung kuasa kuda sehingga 884 hp dan 900 Nm dengan konfigurasi motor elektrik berkembar.
 

6


Polestar 6 dijangka mampu memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j, dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.

Ia dijangka akan mula diproduksikan pada tahun 2026, dan untuk pengetahuan 500 unit model edisi terhad LA Concept telah pun habis terjual!

Baca: Polestar 6 LA Concept

Baca: Polestar O2 Concept

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
  Porsche turut memperkenalkan 911 Carrera dengan enjin 3.0 liter boxer turbo berkembar yang…
Berita Global
  Secara keseluruhan, para jurutera dan pemandu uji telah memandu 911 baharu di dalam program…
Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…