Polis buru lima individu bergaduh tengah jalan

oleh Hamimah Hamid|
POLIS sedang mengesan lima lelaki yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan rotan di jalan raya di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Ipoh menerusi satu video tular di media sosial sejak hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas video kejadian tersebut tular mendapati kejadian sekitar jam 5.30 petang itu melibatkan lima lelaki warga tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan mengesan individu-individu yang terlibat dalam kes ini.

 

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes diminta tampil membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, ASP Norshaharah Marzuki, di talian 010-3790508,” katanya.

 

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata.

 

Jumaat lalu tular di media sosial video berdurasi 17 saat memaparkan kejadian pergaduhan lima individu membabitkan senjata jenis rotan di atas jalan raya di Tanjung Rambutan.

 

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dipercaya telah dipukul oleh tiga individu yang memakai topi keledar dengan dua daripada mereka menggunakan rotan.