Polis cedera kontena rempuh IPD

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG anggota polis cedera selepas sebuah lori kontena merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, awal pagi tadi.

Mangsa Lans Koperal Jovie a/l Jihom, 23 tahun cedera di bahagian muka dan tangan sebelah akibat rempuhan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.25 pagi itu menyebabkan anggota terbabit terperangkap di dalam pos pengawal itu sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

 

"Ketika kejadian, lori kontena muatan kerusi permainan itu dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur sebelum terbabas dan merempuh pagar utama serta pos pengawal.

 

"Lori tersebut kemudiannya terbalik manakala pemandu lori kontena itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian air kencing," katanya. 

 

Wan Azharuddin berkata, rempuhan itu juga turut menyebabkan dua motosikal dan sebuah Land Rover polis rosak

 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan direman untuk membantu siasatan.