Polis kesan suspek samun bertopi keledar

oleh Hamimah Hamid|
POLIS giat mengesan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah butik kecantikan dan kosmetik Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu suspek yang bertopi keledar warna hitam dengan visor gelap terbabit melarikan wang tunai dan barangan kemas milik penjaga premis dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM7,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam dan berkasut putih.

 

"Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-397 6564 atau Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-365 4322/05-362 9050 bagi membantu siasatan.